KATA-KATA Terakhir Noor Amila Edrus Sebelum Mati Dibunuh Dengan Kejam!

budak-diculik-dibunuh-jinjang
KATA-KATA Terakhir Noor Amila Edrus Sebelum Mati Dibunuh Dengan Kejam!
Mayat kanak-kanak yang ditemukan dalam keadaan tragis di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang tengah hari tadi disahkan sebagai Noor Amila Edrus Norsham yang hilang sejak minggu lalu.
Inilah kata-kata terakhir yang diungkap Noor Amila Edrus Norsham, 5, kepada ibunya Siti Nursharmila Tengku Hanafiah pada Aidilfitri lalu.
” Edrus minta maaf mak, Edrus minta ampun sangat-sangat, nanti kalau sempat Edrus datang tidur dengan mak ya.”
Siti Nursharmila, 46, berkata beliau tidak menyangka luahan maaf anak lelakinya itu yang bersungguh-sungguh kerana tidak dapat bermalam di rumahnya di Kepong pada hari raya pertama yang lepas menjadi pertemuan terakhir antara mereka berdua.
Anak sulung daripada dua beradik ini yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya di Jinjang Utara hilang pada 11 Ogos lalu dan mayatnya ditemukan di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang kira-kira 12.30 tengah hari tadi.
“Hari raya pertama itulah kali terakhir saya berjumpa dengan Edrus,” kata Siti Nursharmila kepada Bernama di Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur sambil tidak henti-henti menyeka air mata dan dipujuk saudara maranya.
Beliau sebelum itu rebah sejurus keluar daripada mengecam mayat anaknya.
Ketika ditanya, Siti Nursharmila berkata beliau tidak mengetahui motif anaknya diperlakukan sedemikian rupa.
Mayat anaknya ditemukan selepas seorang lelaki yang dikaitkan dengan kes kehilangan kanak-kanak tersebut membawa polis ke lokasi penemuan mayat Edrus.
KATA-KATA Terakhir Noor Amila Edrus Sebelum Mati Dibunuh Dengan Kejam! KATA-KATA Terakhir Noor Amila Edrus Sebelum Mati Dibunuh Dengan Kejam! Reviewed by admin on 09:56 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.